Selamat Menyambut Hari Polis
Ke-204
"Melindungi Masyarakat Dan Negara"
Selamat Menyambut Hari Polis Ke-204. Tahniah kepada warga PDRM kerana berjaya mengekalkan imej sebagai sebuah Pasukan Beruniform yang disegangi di Malaysia. Setiap kali menyambut ulang tahun PDRM pelbagai cerita suka duka diperdengarkan kepada umum berkaitan dengan PDRM. Ada cerita yang memanggakan dan ada cerita yang menyedihkan dan tidak ketinggalan memalukan pasukan PDRM. Namun disebalik cerita-cerita itu ada hikmahnya,selain itu juga memberi pengajaran kepada yang kurang ajar.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga PDRM,bagi mereka yang berjaya mendapat sijil penghargaan tahniah dan syabas kerana berjaya mendapatkannya. Tetapi bagi mereka yang tidak mendapat apa-apa semasa sambutan hari Polis Ke-204 harap jangan bekecil hati dan hilang semangat bekerja. Walaubagaimana pun ada cerita di sebalik sijil-sijil penghargaan ini.
Cerita ini diperolehi dari sebuah IPD di Sarawak. Apabila mendengar cerita daripada salah seorang anggota ini terasa terharu dan simpati terhadap anggota di salah sebuah jabatan di dalam PDRM.
Hendak dijadikan cerita pada Harijadi Polis Yang Ke-204 lalu saya telah terserempak dengan anggota ini dan bila melihat pada raut wajah seorangnya terserlah kekecewaan seolah-oleh kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Bila ditanya dan diajukan beberapa soalan,jawapannya sangat mengecewakan dan saya bertanya dalam hati kenapa ini berlaku.
Saya kenal sungguh pada anggota ini dan dengan rasa simpati bercampur sakit hati saya mendengar segala luahan hatinya. Beliau memberitahu segala penat lelah,bekerja siang dan malam tidak kenal putus asa untuk mengurangkan kadar jenayah dan telah berjaya mengurangkan indek di daerah tersebut tetapi segalanya hanya sia-sia. Segalanya bagaikan tidak nampak dimata pihak atasan,walaupun tidak dinafikan bukan beliau saja yang bekerja bertungkus lumus tetapi Pegawai Penyiasat, Penolong Pegawai Penyiasat dan anggota Detektif yang lain juga menerima nasib yang sama beliau hadapi. Sungguh mengecewakan anggota dari Cawangan Khas, Jabatan Narkotik, Tugas Am dan CPJ menerima kepujian dan perhargaan tetapi tidak bagi anggota di Jabatan Siasatan Jenayah.
Pelbagai andaian dan tanggapan,tetapi terpaksa diterima dengan hati yang tabah. Yang lebih menyakitkan hati anggota CPJ mendapat kepujian daripada KPD kerana berjaya mengurangkan indek jenayah di daerah tersebut dan dimanakah semua Pegawai Penyiasat, Penolong Pegawai Penyiasat, anggota Detektif di Jabatan Sisatan Jenayah.
Dan paling menyakitkan hati bila dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai anggota CPJ akan diserap ke Jabatan Siasatan Jenayah kerana komitmen yang diberikan sehingga berjaya menurunkan kadar indek.
Wajarkah turun keja tengah malam balik awal pagi dan pada siang hari langsung tidak nampak batang hidung kecuali dengan kehadiran KPB di Balai dan kehadiran hanya untuk menunjuk-nunjuk ( bodek ) yang mereka bekerja. Dibandingkan dengan tugas anggota di Jabatan Siasatan Jenayah yang bekerja 24 jam sehari dari 0800 hrs sehingga 0800 hari berikutnya dan seterusnya off . Tetapi jika ada tangkapan dan kes-kes menarik off hanyalah cuma diatas kertas. Hakikatnya dalam Jabatan Siasatan Jenayah memang tidak pernah kenal apa yang dimaksudkan dengan off.
Tidak dapat dinafikan hatinya sangat kecewa,bukanlah nak sangat pada perhargaan tetapi sekurang-kurangnya berilah semangat untuk bekerja dan hargai segala usaha Pegawai dan angota di Jabatan Siasatan Jenayah.
Pendek kata dan senang difahami " Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama"